Monday, April 20, 2009

BERITA BODO-BODO - Natang gocoh di Tranung

Monday, April 20, 2009
Majoriti ADUN BN T'ganu mahu MB letak jawatan - MKini

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan. Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri."Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini. Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Kah..Kah...Kah...Dok abih lagi bergocoh natang ni...Kah...Kah...Kah...
...Nak tengok natang mana dari puak gerombolan jadi MB baru...Kah...Kah...Kah...
...Bila nak buat sepanduk kami nak MB baru natang...Kah...Kah...Kah...
...Dengar cerita kat Besut ada yang terer buat sepanduk natang...Kah...Kah...Kah...
...Bubar je DUN Tranung...Kah...Kah..Kah...
...Orang Tranung ada lagi ke nak natang ni...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket