Wednesday, March 25, 2009

Jangan ungkit lagi perkara lepas: Mat Taib

Wednesday, March 25, 2009
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata apa juga peristiwa yang berkaitan dengan skandalnya di Australia di masa lalu tidak perlu diungkit lagi.

Muhammad berkata Umno telah menerimanya dan jika beliau dipilih sebagai timbalan presiden parti pada pemilihan parti kali ini, beliau akan memberi tumpuan pada tugas itu.

"Saya telah lupakan semua itu. Mereka (Umno) telah menerima saya semula. (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) telah melantik saya sebagai pengarah pilihan raya kecil. Semua pilihan raya kecil sejak 1999. Beliau memberikan tanggungjawab itu kepada saya untuk memastikan kami (Umno) memenangi semua pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai skandalnya di Australia.

Katanya tumpuan beliau kini ialah untuk meneruskan tugasnya dan sekiranya diberikan peluang, beliau akan "lakukan tugasnya dengan lebih baik lagi sekiranya mereka memberikannya peluang untuk berada di tempat tertentu".

Pada 1997, Muhammad dihadapkan ke mahkamah Australia terhadap pertuduhan tidak mematuhi peraturan mata wang dengan memiliki sejumlah RM3.8 juta walaupun kemudiannya beliau didapati tidak bersalah. - Bernama

...Oooii... apa munkee ni cakap ni... manusia belajar dari sejarah ler.. Klau dah lanun tuh melanun hak rakyat jugak kerjanye... Janji my tembolok is full... anything else... can go to hell...
...Bawak duit berbeg-beg tak bersalah... heran aku... Mana datang duit berbeg-beg tuh..melanun ke...
...Sape kat kate me donno spik english.. english panjang ke english pendek...English panjang... Eeenngggllissshhhhh... English pendek... Inglis...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket