Tuesday, April 14, 2009

BERITA BODO-BODO - Projek mi segera gagal

Tuesday, April 14, 2009
'Cina, India bukan peminta sedekah' - Mkini

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

...Apa dah jadi...kata takde projek mi segera...Kah...Kah...Kah...
...Projek mi segera tak menjadi ke...Kah...Kah...Kah...
...Rakyat kena kenang budi dengan projek mi segera...Kah...Kah...Kah...
...Apa bahlol sangat kau ni Mat Sembap...Kah...Kah...Kah...
...Macam mana kau nak jaga kementerian baru kau ni...Kah...kah...Kah...
...Kau makan kepala ikan banyak sangat ke apa...Kah...Kah...Kah...

BERITA BODO-BODO - MIC rasis?

Samy: mesyuarat CWC MIC bincang isu kabinet -MKini

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam kabinet baru, akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti itu Khamis ini.

"Kami akan mendengar pandangan semua pemimpin sebelum keputusan diambil. Saya juga akan memohon mengadakan pertemuan dengan perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Samy Vellu berkata demikian ketika mengulas laparan akhbar yang memetik sumber bahawa MIC sedang mengkaji cadangan menarik diri seorang menteri dan dua timbalan menteri dari parti itu dari kabinet sebagai bantahan terhadap kekurangan kepentingan yang diberikan terhadap masyarakat India di negara ini.

Kah..Kah...Kah...Apa lagi gaduh la...Kah..Kah...Kah...
Kah..Kah...Kah...Apa lagi baling la kerusi...Kah...Kah...Kah...
Bila jadi cam gini...SATU MALAYSIA nampak puak gerombolan rasis...Kah...Kah..Kah...
Bila jadi cam gini...SATU MALAYSIA nampak puak gerombolan gila projek...Kah...Kah...Kah...
Bila jadi cam gini...SATU MALAYSIA nampak puak gerombolan sebok nak penuhkan tembolok sendiri...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - MIC menyorok dalam kabinet

MIC tidak bincang 'keluar' kabinet - Mkini

Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel hari ini berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai sebarang mesyuarat pucuk pimpinan parti itu untuk membincangkan kemungkinan meminta wakil parti itu menarik diri daripada menganggotai kabinet.

"Jika mesyuarat itu diadakan, sudah tentu saya tahu mengenainya. Setiausaha agung Datuk Dr S Subramaniam dan ketua penerangan M Saravanan menafikan mengetahui apa-apa mengenai cadangan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Palanivel bersetuju - MIC selaku rakan komponen kanan BN - sewajarnya diberi jawatan lebih kanan dalam kabinet dan badan-badan pembuat keputusan dalam kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat kaitan kerajaan (GLC).

Kah...Kah...Kah..Yang mesyuarat bukan pucuk...Tapi daun tua yang tak mahu gugur...Kah...Kah...Kah...
...GERAKAN dapat senator...MIC dapat diktator...Kah...Kah...Kah...
...Jawatan lebih kanan tuh apa...TPM ke...Kah...Kah..Kah...
...Bagi le tau jawatan lebih banyak projek...Kah...Kah...Kah...
...Kabinet SATU MALAYSIA gila projek...Kah...Kah...Kah...

BERITA TIPU-TIPU - Undang-Undang Islam Baru?

Pohon perkenan Raja seragam undang-undang Islam - Mkini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej-Jen Datuk Jamil Khir Baharom berkata pertemuan akan diadakan dengan Raja-Raja Melayu bulan depan untuk memohon perkenan berhubung penyelarasan serta penyeragaman Undang-undang Islam.

Selain itu, katanya, pertemuan juga akan diadakan oleh ketua jabatan agama Islam di setiap negeri. "Pertemuan dengan Raja-Raja Melayu itu juga akan membincangkan mengenai undang-undang yang diterima pakai, yang telah diperkenankan Majlis Raja-Raja sebelum ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini, lapor Bernama


...Undang-undang Islam yang macam mana ni....Undang-undang yang bersendikan quran dan sunnah ke...
..Kalau Undang-undang Islam tak besendikan Quran dan Sunnah...Tu bukan Undang-Undang Islam...Yang tu dipanggil undang-undang persenda Islam...
 
Design by Pocket