Wednesday, March 25, 2009

Anwar: Gantung akhbar, gas polis 'ke kancah kuku besi'

Wednesday, March 25, 2009
Menggantung permit akhbar PKR dan menembak gas pemedih mata terhadap penyokongnya "bakal menjerumus negara ke kancah pentadbiran kuku besi", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ternyata tindakan rakus sedemikian oleh pasukan polis sejurus satelah Suara Keadilan dan Harakah diharamkan (selama tiga bulan) merupakan petanda betapa sistem pemerintahan bawah (Datuk Seri) Najib (Razak) bakal menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dan pentadbiran kuku besi," kata penasihat PKR.Mantan timbalan perdana menteri itu, yang turut berada di tempat kejadian, berkata beliau terpaksa dilarikan ke dalam bilik gerakan untuk mengelak tindakan tersebut yang bermula selepas 9.30 malam.

"Saya diseludup ke bilik gerakan pilihanraya (dekat pentas ceramah) dan berlindung bersama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. "Difahamkan hampir 50 das gas pemedih mata dibedil oleh pihak polis," kata Anwar dalam blognya. "Tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri. "Namun ia tidak menghentikan pembedilan bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan terhadap wanita dan kanak-kanak."

...Biasa le puak gerombolan mana reti demokrasi... Perlembagaan hanya hiasan bukan rujukan...
...Brade Anwar sape kate takde amaran... gas pemedih mata dan air kimia tu le amaran... Kalau tidak anjing gerombolan tembak dengan peluru hidup macam kat ceramah KT jer...

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.

...Kita hormat perlembagaan... kita gentlemen... tuh kata puak Babi Negara... Gerombolan sudah takut dengan rakyat... Ayuh kita lawan mereka...
...Hentikanlah projek membodohkan rakyat...Rakyat dah ade internet...
 
Design by Pocket