Sunday, May 17, 2009

BERITA GILA-GILA - Jangan panik

Sunday, May 17, 2009
Jangan panik, Influenza H1N1 bukan virus maut - Pensyarah -MStar

KUCHING: Tidak ada sebab orang ramai panik dengan Influenza A (H1N1) oleh kerana ia bukan virus maut, kata seorang pensyarah kanan mengenai penyakit babi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Dr Ooi Peck Tong, dari Jabatan Kajian Veterinar Klinikal, Fakulti Perubatan Veterinar, berkata flu biasa membunuh antara 250,000 hingga 500,000 orang di seluruh dunia setahun.
"Influenza A (H1N1) bukan virus maut tetapi ia merebak cepat kerana morbiditinya tinggi, bagaimanapun, kadar kematian agak rendah.

Flu biasa membunuh lebih ramai manusia setiap tahun. "Orang ramai di seluruh dunia panik dengan Influenza A (H1N1) memandangkan ia virus baru dan terdapat begitu banyak ketidaktentuan tentang virus itu dan juga kemampuannya untuk berubah sifat.

"Orang ramai bimbang tentang hal-hal yang tidak diketahui mengenai virus itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Persatuan Pakar Patologi Veterninar Malaysia pertama di sini.

Kah..Kah...Kah...WHO hanya buat gimmick aje tentang selsema babi...Semua orang jangan panik...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Vaksin flu banyak sangat tak laku...Jadi pasal tu satu dunia kecoh dengan selsema babi...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah..Kah..Satu dunia kena tipu dengan WHO...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...Mamat ni sepatunya dilantik jadi menteri kesihatan...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket