Thursday, May 7, 2009

BERITA BODO-BODO - Bodoh punya cerita

Thursday, May 7, 2009
Tindakan BN di Perak mungkin betul tapi kelihatan gopoh - Tun Mahathir - MStar

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini. Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagaaN yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Kah...Kah...Kah...Ini apa kes...Apa cerita...Perlembagaan ke...Kah...Kah...Kah...
...Perlembagaan negeri mana....Duduk kat negara mana ni....Kah...Kah...Kah...
...Siapa bodoh sangat ni...Siapa cuba bodohkan siapa ni...Kah...Kah...Kah...
...Serah kat Mahkamah mana...Majistret mana yang akan bersidang tu...Kah...Kah...Kah...
...Ini serupa cerita parlimen buat undang-undang...Mahkamah nak batalkan undang-undang tu...Kah...Kah...Kah...
Kah...Kah...Kah...
Madey pun boleh jawab tak tahu...Mana pergi pengalaman jadi PM 22 tahun...Tak kan semua dah lupa...Kah...Kah...Kah...

1 comments:

Basuh Baju said...

hi..
tp ada betulnya apa yg madey ckp. Sultan tak boleh pecat MB..
hahaha
cheers

Post a Comment

 
Design by Pocket