Baju hitam protes sidang DUN - Mkini
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini. NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.
Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.
Hadiah yang tak seberapa untuk semua pejuang pada 7 Mei nanti...
Rakyat pakai baju hitam,
Hadirkan diri untuk membuat bantahan,
Kerana negeri ini dirampas orang,
Hapuskan yang batil tegak kebenaran,
Kita lawan....KERAJAAN HARAM PUAK GEROMBOLAN...
Gas pemedih mata atau air pancutan,
Itu semua tidak kami hairan,
Demi negeri in kami tetap berjuang,
Biarpun nyawa jadi taruhan,
Kita lawan....KERAJAAN HARAM PUAK GEROMBOLAN...
Zambri mamak menteri besar haram,
Main hentam supaya DUN bersidang,
Kalau betul kau anak jantan,
Bubar DUN kita tengok siapa yang menang,
Kita lawan...KERAJAAN HARAM PUAK GEROMBOLAN...
7 Mei akan menjadi ingatan,
Bukan sengaja untuk menetang,
Kami rakyat menuntut keadilan,
Kerajaan haram pasti akan dijatuhkan,
Kita lawan...KERAJAAN HARAM PUAK GEROMBOLAN...
Doa selamat kami panjatkan,
Kepada semua rakyat yang berjuang,
Semoga harapan ini Allah perkenankan,
Hapuskan yang batil tegak kebenaran,
Kita lawan...KERAJAAN HARAM PUAK GEROMBOLAN...
Ikhlas daripada: jiwa merdeka
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment