Thursday, April 23, 2009

BERITA GILA-GILA - Sarkis baru?

Thursday, April 23, 2009
Saya tak peduli komen Tun M: Nazri - BHeran

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini. Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu. "Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.

"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini. Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.

Kah...Kah...Kah...Lembu SPRM tak nak siasat ke dakwaan Madey ni...Kah...Kah...Kah...
...Nazri kata Madey dah tak relevan...Kah...Kah...Kah...
...Nazri kata Madey 'TUA'...Sama makna macam nyanyuk ke...Kah...Kah...Kah...
...Tak kan orang dah cabar Tun Madey buat donno je...Tak best le macam ni...
..Apa lagi...Tun Madey kasi ajar munkee ni...Bagi luku sikit kepala dia...Kah...Kah...Kah...
...SATU MALAYSIA nak tengok adengan gocoh-gocoh ni...
...Bila puak gerombolan gaduh...Macam ada sarkis...SATU MALAYSIA seronok...Kah...Kah...Kah...
...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket