Tuesday, April 21, 2009

BERITA GILA-GILA - Jom piket

Tuesday, April 21, 2009
Anggota NUBE Adakan Bantahan Di Seluruh Negara

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Perbalahan antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menyaksikan perkembangan baru Selasa apabila lebih 300 anggota kesatuan itu mengadakan bantahan secara serentak di lapan pejabat jabatan berkenaan di seluruh negara.

Dengan diketuai pegawai cawangan NUBE di negeri berkenaan, mereka menyerahkan surat bantahan terbuka yang mengandungi 1,400 tanda tangan dan dialamatkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, kepada pegawai jabatan itu kerana mendakwa ketua pengarahnya Puan Omana Pillai mencampuri urusan kesatuan mereka dan menuntut pertukarannya.

NUBE menuduh jabatan berkenaan membuat laporan palsu kepada polis mengenai tiga isu iaitu kegagalan kesatuan itu mengemukakan dokumen dan akaun yang telah diaudit, penjualan sebidang tanah pada harga RM1.5 juta dan pembelian sebuah bangunan tiga tingkat pada harga RM5 juta. Dalam surat bertarikh hari ini, yang salinannya dihantar kepada Bernama, kesatuan itu menuntut kesungguhan menteri berkenaan dalam menyiasat dakwaan tersebut dan membersihkan nama NUBE.

Kah...Kah...Kah...Ini baru berani...Kah...Kah...Kah...
...Nanti adalah Ketua Pengarah kena tukar nanti...Kah...Kah..Kah...
...Ketua Pengarah tu kaki bodek ke...Kah...Kah...Kah...
...NUBE dah nak start piket......Tunggu GMP bila pulak piket...HINDRAF tunggu berapa hari lagi baru start piket balik...
...Satu Malaysia tak sabar nak piket balik ni
...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket