Wednesday, April 8, 2009

BERITA GILA-GILA - Anak presiden amal politik wang

Wednesday, April 8, 2009
Anak Presiden Indonesia didakwa beli undi disiasat - BHeran

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melancarkan siasatan terhadap dakwaan pembelian undi oleh anak lelaki bongsu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum pilihan raya nasional minggu ini, kata seorang pegawai semalam.

Pihak berkuasa pilihan raya di wilayah Jawa Timur sedang menyiasat dakwaan bahawa Edhie Baskoro, seorang calon Parti Demokratik pimpinan Susilo, menyerahkan wang kepada pengundi dalam satu perhimpunan, kata seorang pegawai tempatan, Arif Supriadi kepada AFP.

Kami masih menyoal lima orang," kata Supriadi, sambil menambah bahawa Baskoro tidak disiasat. Setiausaha Agung Parti Demokratik Marzuki Ali berkata Baskoro tidak terbabit dalam penyerahan wang yang dilaporkan 10,000 rupiah (RM3.13) dalam satu perhimpunan di daerah Ponorogo Jawa Timur.

"Beliau tidak melakukannya namun penyokongnya yang melakukannya tanpa pengetahuannya," kata Ali. "Saya pasti beliau tidak melanggar peraturan kerana beliau tahu perlu mengekalkan imej baik bapanya," katanya.

...Kalau kat Malaysia yang tukang report mesti kena siasat...Hahaha...
...Kalau kat Malaysia yang beli undi baru boleh jadi pemimpin...Hahaha...
...Kalau kat Malaysia paling teruk pun di larang bertanding...Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket