Friday, April 10, 2009

BERITA BODO-BODO -SPR mungkin sertai BN

Friday, April 10, 2009
NIEI mahu SPR bebas pengaruh kendali pilihan raya -MStar

PETALING JAYA: Setelah tiga pilihan raya kecil diadakan serentak pada Selasa lalu, badan pemantau dari National Institute for Electoral Integrity (NIEI) mendapati wujudnya beberapa proses yang tidak telus hingga mencemarkan perjalanan pilihan raya yang demokratik.


"Keputusan SPR untuk meletakkan hari mengundi pada hari bekerja telah menyusahkan para pengundi terutamanya yang bekerja di luar daerah atau negeri untuk hadir pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu beliau berkata tindakan SPR itu dilihat sebagai tidak menggalakkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Jelas beliau lagi kebiasaannya, badan penggendali pilihanraya seperti SPR akan berusaha keras untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi tetapi ini tidak berlaku untuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.

Dalam kenyataan itu juga NIEI mempersoalkan mengenai tindakan SPR yang tidak mengira undi di pusat pembuangan undi di beberapa kawasan Batang Ai terlebih dahulu sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi seperti yang dilakukan di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

"Alasan untuk mempercepat proses pengiraan tidak dapat diterima akal kerana pilihanraya di dua bukit ini melibatkan jumlah undi yang besar dan keputusan masih dapat diumumkan tepat pada masanya.

"Keengganan SPR membenarkan wakil-wakil calon ikut serta menaiki helikopter menimbulkan keraguan tentang ketelusan dan keabsahan pilihanraya tersebut," katanya.


...Dah berbuih rakyat komplen...Lembu SPR buat tak reti bahasa je...Tapi kalau Menteri Belia yang baru komplen lagi berbuih mulut kot...Hahaha...
...Kalau pengudi keluar lagi ramai...Gang zombi nak letak kat mana...Hahaha...
...Kalu pengundi keluar lagi ramai...Pakatan rakyat menang majoriti lebih besar...Hahaha..
...Alasan lembu SPR memang tidak boleh diterima akal...Sebab memang dah tak ada akal...Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket