Thursday, April 30, 2009

BERITA BODO-BODO - PR makin popular

Thursday, April 30, 2009
PKR bukan parti paling popular di Penanti - Tun Abdullah -Mstar

KEPALA BATAS: Cadangan PAS untuk meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan parti paling popular di kawasan itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata walaupun DUN Penanti yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR, ternyata terdapat pengundi yang mahu kawasan itu diwakili PAS.

"Apa yang disuarakan PAS Permatang Pauh itu adalah suara akar umbi dan saya percaya ada penduduk di situ ada perasaan dan kecenderungan untuk memilih calon tertentu yang mewakili parti tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang bagi kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.

Kah..Kah..Kah..Akhirnya Mat Lentok telah terjaga dari tidurnya...Kah...Kah...Kah...
...Mat Lentok telah memberi statement yang paling benar lagi tepat...Kah...Kah...Kah...
...Memang benar PKR bukan paling popular di Penanti...PKR juga tidak popular di Permatang Pauh dan Bukit Selambau...Kah...Kah...Kah...
...Kerana PKR tidak popular...Pengundi telah memangkah kertas undi untuk PKR bagi mempopularkan PKR...Kah..Kah...Kah...
...Akibatnya PKR telah menang di kedua-dua pilihanraya tersebut...Disebabkan pengundi-pengundi marah kerana PKR tidak popular...Kah...Kah...Kah...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket