Friday, March 27, 2009

'Tak perlu satu lagi rangsangan’

Friday, March 27, 2009
MALAYSIA tidak memerlukan satu lagi pakej rangsangan ekonomi kerana dua pakej bernilai RM67 bilion yang sudah dilancarkan adalah mencukupi, kata Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Dr Mahani Zainal Abidin.

Beliau menegaskan, apa yang perlu dilakukan kerajaan kini ialah memastikan semua projek dan langkah dalam kedua-dua pakej itu dilaksanakan dengan cepat dan berkesan bagi membolehkan ia mencapai matlamat yang dikehendaki.

Kita berharap kerajaan menumpukan kepada usaha melaksanakan projek serta pelan yang dirancang dalam pakej pertama dan kedua tanpa berlengah, serta memastikan ia dilaksanakan dengan cekap dan mencapai sasarannya,” katanya ketika ditanya sama ada Malaysia memerlukan satu lagi pakej rangsangan bagi berdepan keadaan ekonomi yang lemah ketika ini.

...Yang dua pakej melanun puak ni bagitau... yang pakej melanun tak bagitau banyak lagi... Lanun dan terus melanun... UAE perlu 20billion untuk rangsang ekonomi 3 tahun.. kita belonkan berapa...Oooiii tak cukup lagi ke nak melanun...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket