Saturday, March 28, 2009

Ahmad Zahid janji selesai isu berkaitan Islam

Saturday, March 28, 2009
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan semua isu berkaitan agama Islam dalam negara yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2008.

Antara isu agama yang dibangkitkan sepanjang perhimpunan agung Umno 2008 yang berakhir hari ini ialah berhubung penggunaan kalimah Allah, isu akidah, isu industri halal, isu perundangan Islam, isu institusi kekeluargaan dan isu pendidikan agama Islam.

"Dalam bersorak kegembiraan kerana ada presiden dan timbalan presiden baru yang menjadi imam besar dan timbalan imam besar, jangan kita lupa imam besar lama kita, Pak Lah (Abdullah), kita terhutang budi kepada Pak Lah," katanya.

Ahmad Zahid turut mengajak semua perwakilan sama-sama berdiri memberi penghormatan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dianggapnya cukup tabah dan cekal menghadapi tindakan Lembaga Disiplin yang melarangnya daripada bertanding ke jawatan Timbalan Presiden Umno.

...Isu haram Harakah dan Suara Keadilan bukan bawah menteri agama ke?... Hahaha... Harakah ngan Suara Keadlian kena mintak logo halal ngan menteri agama, baru tak kena haram...Hahaha.. Imam besar baru puak gerombolan tu reti baca talkin tak..Nanti menteri agama boleh ajar...Hahaha...
Banyak kerja menteri agama cetak logo haram... Hahaha... Tender jgn lupa bagi kat kroni... Hahaha.. Menteri agama bagi penghormatan kat kaki rasuah... Kitab mana kau belajar ni... Hahaha... Kitab PEKEMBER yang diberi logo halal ke... Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket