Friday, March 27, 2009

Abdullah masih rahsiakan tarikh peralihan kuasa

Friday, March 27, 2009
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih merahsiakan tarikh beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

"Tarikh satu lagi akan diberitahu bila saya suka," katanya kepada pemberita apabila bertalu-talu diajukan soalan itu. Beberapa media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri akan melepaskan jawatan pada 3 April ini.

Diminta mengulas perkara itu, Abdullah berkata ia hanya spekulasi di kalangan media. "Anda yang membuat spekulasi berkenaan tarikh itu, bukan saya," katanya

...Jeng...Jeng...Jeng... Kera jubur merah tak suspens ke dengar berita ni... Bik mama mesti tak leh tido...Kalau tahun depan baru suka nak bagitau tarikh ni kira macam mana pulak...
...Drama PEKEMBER @ Planet of the Apes @ Kerajaan Beruk makin suspens bila sampai ke penghujung jalan...

Dr M: Pemuda Umno restui rasuah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno semalam kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," tulis mantan perdana menteri dalam blognya hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pergerakan tersebut telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. "Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal?

"Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," tambahnya.Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi."Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.

...Beruk tua pun kata PEKEMBER ni puak rasuah... Nih legasi sape kalau tak MAHAFIRAUN...
Bab ilmu kira-kira ni... Puak PEKEMBER ade masalah sikit sebab belajar dalam inglis... Hahaha
...Kalau tak percaya tengok bila rakyat demontrasi, jumlah tak pernah betul...

Reformasi milik Umno?

Menurutnya, Umno bersedia untuk reformasi sambil menambah bahawa "ia bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau PKR" - yang melaungkan slogan itu sebagai teras perjuangannya.

Sebaliknya, kata perwakilan dari Perak, Datuk Khusairi Abdul Hamid, reformasi milik Umno yang telah menjalankan reformasi sejak lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan bagi mewujudkan suasana stabil dan aman dalam negara.Beliau turut menyentuh tentang masalah tanah di Perak yang, menurutnya, tidak selesai walaupun 12 pilihanraya umum bersilih ganti.

"Masalah itu bukanlah disebabkan oleh Umno tetapi birokrasi di jabatan tertentu," tambahnya.Sehubungan itu, beliau menyarankan pegawai kerajaan menjalani kursus supaya menjiwa Umno.

...Yang confirm milik puak PEKEMBER ni... Korupsi...Duit kasi...Melanun hak rakyat bagi kat kroni dan proksi...Tak paham demokrasi... Tengok rakyat demonstrasi dah pucat lesi...Bodoh macam tahi... Perangai pun serupa munkee...

Tewas: Khir Toyo salahkan Pakatan

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini - tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno -Dr Mohd Khir berkata kerajaan siasatan Pakatan Rakyat Selangor terhadap isu Balkis telah mempengaruhi pengundian perwakilan.

Siasatan awam kemudiannya diadakan untuk menyiasat perkara itu tetapi Dr Mohd Khir hari ini berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Selangor mengadakan siasatan tersebut, sedangkan tiada seorang daripada mereka merupakan 'penyiasat terlatih'.

...Dah kalah maknanya takde orang hendak wak... Nanti balik jual penyapu je wak...
...Penyiasat terlatih tu macam CSI ke wak... Tapi kalau nak tangkap toyol kena panggil bomoh..Hahaha... Puak PEKEMBER tere pasal bomoh membomoh ni sebab tu kat bawah meja mat lentok ade kertas jampi... Nak halau toyol kot...Hahaha
 
Design by Pocket